Pada May 2010 tahun ini mesin ATM Emas (ya, mesin menjual syiling dan bar emas) telah diperkenalkan di sebuah hotel mewah Abu Dhabi iaitu Emirates Palace Hotel.
Mesin ini di kenali sebagai “Gold to Go” menjual emas 99.9 (24 karat) dalam bentuk syiling dan bar emas seberat 1g, 5g dan 10g.
Mesin ini menjual lebih 300 item emas termasuk emas keluaran Canada, Australia dan juga South Africa.
Setakat ini mesin hanya menerima wang tempatan iaitu dirham utk urusan jual belinya dan kemudahan pembelian menggunakan kad kredit bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
Dilaporkan juga ‘gold vending machine’ ini adalah yang pertama didunia dan mensasarkan pelabur dan pelancong sebagai pelanggannya.
Ia dilengkapi dengan perisian yang membolehkannya mengemaskini harga emas setiap 10 minit mengikut pasaran emas dunia.
Mesin ini dilengkapi dengan pelbagai prosedur /sistem keselamatan termasuk perisian yang boleh mengesan penggunaan wang palsu.
Sekiranya mesin ini gagal berfungsi atau mengalami masalah teknikal, mesin ini akan tertutup secara automatik.
Dilaporkan juga seseorang itu memerlukan bom (yang biasanya digunakan dalam peperangan) utk meletupkannya.
Untuk anda di Malaysia ni, jangan risau. Walaupun belum ada ATM Emas, tapi tempahan boleh dibuat melalui kami di www.melaburemas.blogspot.com
No comments:
Post a Comment