23 November 2010

Maksud "LOCK PRICE"

Seperti anda sedia maklum, harga emas keluaran Public Gold adalah dikemaskini setiap 20minit mengikut harga pasaran emas dunia (rujuk carta kitco di www.kitco.com).
 Ini  bermakna harga dinar dan gold bar Public Gold adalah berubah-ubah setiap 20 minit kerana ianya sentiasa mengikut harga terkini emas dunia.
Setiap kali anda ingin membeli dinar atau pun gold bar Public Gold, perkara pertama yang akan anda lakukan adalah melihat harga dinar atau gold bar yang dipaparkan di sebelah kanan blog ini atau semak terus di (www.publicgold.com.my).


Sebagai contoh, pada hari ini, 23 Nov. 2010, pada jam 10.30 malam harga 1 dinar adalah RM 644. Jika anda ingin membeli dinar pada jam ini, anda bolehlah terus ‘lock price’ dengan cara menelefon atau sms kami spt:
“Saya Siti bt Ahmad, ic 890725036807, ingin beli 1 dinar dengan harga RM 644 pada jam 10.30 malam pada 23 Nov. 2010
Inilah yang dikatakan ‘lock price’ atau pun ‘mengunci harga’.  


20 minit berikutnya harga emas Public Gold akan dikemaskini lagi mengikut harga terkini pasaran dunia. Sebagai contoh pada 23 Nov. 2010, jam 10.50 malam, harga 1 dinar telah berharga RM646. Oleh sebab anda telah ‘lock price’ maka harga yang kami jual kepada anda adalah RM 644.
Kami berharap entry ini dapat membantu anda bagaimana utk mengambil kesempatan ‘lock price’ ketika harga emas turun. Oleh itu, sentiasa lah melawat kami di www.melaburemas.blogspot.com utk mengetahui harga dinar PG terkini yang sentiasa dikemaskini mengikut pasaran emas dunia.

No comments:

Post a Comment