Showing posts with label Product Public Gold. Show all posts
Showing posts with label Product Public Gold. Show all posts

23 November 2010

Maksud "LOCK PRICE"

Seperti anda sedia maklum, harga emas keluaran Public Gold adalah dikemaskini setiap 20minit mengikut harga pasaran emas dunia (rujuk carta kitco di www.kitco.com).
 Ini  bermakna harga dinar dan gold bar Public Gold adalah berubah-ubah setiap 20 minit kerana ianya sentiasa mengikut harga terkini emas dunia.
Setiap kali anda ingin membeli dinar atau pun gold bar Public Gold, perkara pertama yang akan anda lakukan adalah melihat harga dinar atau gold bar yang dipaparkan di sebelah kanan blog ini atau semak terus di (www.publicgold.com.my).


Sebagai contoh, pada hari ini, 23 Nov. 2010, pada jam 10.30 malam harga 1 dinar adalah RM 644. Jika anda ingin membeli dinar pada jam ini, anda bolehlah terus ‘lock price’ dengan cara menelefon atau sms kami spt:
“Saya Siti bt Ahmad, ic 890725036807, ingin beli 1 dinar dengan harga RM 644 pada jam 10.30 malam pada 23 Nov. 2010”
Inilah yang dikatakan ‘lock price’ atau pun ‘mengunci harga’.  


20 minit berikutnya harga emas Public Gold akan dikemaskini lagi mengikut harga terkini pasaran dunia. Sebagai contoh pada 23 Nov. 2010, jam 10.50 malam, harga 1 dinar telah berharga RM646. Oleh sebab anda telah ‘lock price’ maka harga yang kami jual kepada anda adalah RM 644.
Kami berharap entry ini dapat membantu anda bagaimana utk mengambil kesempatan ‘lock price’ ketika harga emas turun. Oleh itu, sentiasa lah melawat kami di www.melaburemas.blogspot.com utk mengetahui harga dinar PG terkini yang sentiasa dikemaskini mengikut pasaran emas dunia.

05 November 2010

1 DINAR hari ini mencecah RM 652!

Berita gembira buat mereka yang lama ‘mengumpul’ emas.
Hari ini 6 Nov 2010 Carta Kitco menunjukkan harga emas telah mencecah USD 1397.


Seiring dengan itu, harga Dinar Public Gold naik tinggi kepada RM 652 utk 1 DINAR (4.25g) berbanding semalam hanya sekitar RM 633.
Bagi peminat emas penantian mereka utk melihat harga emas mencecah USD 1400 pasti hampir menjadi kenyataan dan harga dijangka akan mencecah USD 1600 pada awal tahun depan.

Harga emas mungkin turun naik, tetapi apabila melihat secara purata untuk suatu jangka masa yang panjang, peratus kenaikannya adalah tinggi berbanding penurunannya.
Untuk anda yang sentiasa mengikuti perkembangan harga emas, jangan lepaskan peluang lock price ketika harga emas turun. Harga dinar di http://www.melaburemas.blogspot.com/ adalah dikemaskini setiap 20 minit.

Oleh itu, bagi anda yang belum membeli dinar, jangan tunggu lama-lama!!

03 November 2010

Percaya tak? Kita TERPAKSA percaya!

Berapakah harga 1g emas pada kali terakhir anda membacanya, melihatnya atau membelinya?
Menarik untuk kami kongsikan kepada anda kali ini.

1 DINAR EMAS (4.25g) pada 5 FEBRUARI 2009 berharga RM466.
Pada ketika itu, kami percaya pasti ada yang berkata “Mahalnya emas hari ini”
Kini,
1 DINAR EMAS (4.25g) yang sama hari ini pada 3 NOVEMBER 2010 berharga RM 637!!
Perbezaan yang sangat tinggi iaitu RM171 !!
Dan pada ketika ini, pasti ada yang berkata “Mahalnya emas hari ini.”

 Mari kita lihat berapakah harga 5DINAR pada waktu dan ketika itu?
5 DINAR EMAS (21.25g) pada 5 FEBRUARI 2009 berharga RM 2321.
Kini,
5 DINAR EMAS (21.25G) yang sama hari ini pada 3 NOVEMBER 2010 berharga        RM 3171.
Jelas kenaikan yang sangat ketara iaitu RM850 !!

Dapatkah anda bayangkan sekiranya anda sudah memiliki 5 DINAR EMAS pada ketika itu?
Berapakah keuntungan anda dengan 5 DINAR EMAS tersebut pada saat ini?
Tak percaya? Ya..anda terpaksa mempercayainya……
Dan kami pasti ramai yang akan berkata “Mahalnya emas hari ini”
Percayalah, ayat yang sama akan kedengaran pada tahun berikutnya, dan tahun berikutnya dan tahun berikutnya...

31 October 2010

Mahalkah Emas Hari Ini?

 Jika anda merasakan harga emas hari ini sangat mahal. Kami setuju.
Tetapi sedarkah anda bahawa harga emas semakin meningkat. Harga 1 Dinar emas (4.25g) hari ini pada tahun 2010 adalah sekitar RM 620++.  Tetapi adalah tidak mustahil dalam tempoh 1 tahun dari sekarang pada 2011 nanti harganya menghampiri RM 700.
Dengan trend harga emas yang sentiasa meningkat setiap tahun anda akan sentiasa merasakan emas adalah mahal. Sudah pasti tidak semua orang mampu membeli 1 Dinar setiap bulan. Tetapi tetapkan target bilakah anda mesti memiliki dinar anda. Dengan target memiliki 1 tahun mesti ada 1 Dinar, sudah memadai untuk memulakan pelaburan emas anda.
Petikan dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal: Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda: “Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham”.
Kami di melaburemas.blogspot.com berkongsi “Apakah kelebihan dinar dan jongkong Public Gold” dengan anda:
i-           i) Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah.
                (Jika anda membeli emas di kedai dan ingin menjual semula emas tersebut, mereka akan beli emas anda 
                dengan harga yang jauh lebih rendah kerana mereka akan tolak kos upah. Oleh itu beza harga belian dan
                jualan adalah tinggi)

ii-          ii) Anda akan memiliki emas fizikal
                (kerana terdapat pelaburan emas yang menggunakan buku seperti buku akaun bank. Setiap kali
                pembelian   emas dibuat ianya akan direkod dalam buku akaun tersebut dan emas anda berada dengan
                pihak bank)

iii-         iii) Boleh tempah on-line selama 24 jam (Syarikat pertama di Malaysia). Ada peluang untuk anda membuat
                 tempahan (lock price) bila harga emas turun.

iv-         iv) Jaminan beli balik mengikut “harga belian” walaupun calar, dibuka sarungnya atau bengkok.

v-         v) Stok sentiasa ada.

vi-        vi) Mempunyai Sijil Ketulenan Emas yang sah.

vii-       v) Pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer yang berkelayakan.

viii-       vi) Dicatatkan dalam “The Malaysia Book of Records”

ix-         vii) Disahkan oleh Bank Negara

x-          viii) Boleh dipajak di AhRahnu (Bank Rakyat, Agro Bank dll)

Oleh itu, dapatkan dinar dan gold bar anda hari ini. Hubungi kami di melaburemas.blogspot.com untuk tujuan pembelian.



29 October 2010

Bagaimana membeli emas Public Gold

1.       Pilih dinar atau jongkong emas seperti gambar di atas.

2.       Semak harga semasa “We Sell” yang dikemaskini setiap 20minit. (Semakan harga terkini ada di panel kanan blog ini) atau dengan cara melayari
a.       www.publicgold.com.my
b.      www.publicdinar.com
atau SMS ke 32828 dengan menaip “public gold” atau “public dinar”

3.       Jika berpuashati dengan harga semasa tersebut, telefon atau SMS 013-932 7379 (Mimi) untuk mengunci harga emas.

4.       Masukkan jumlah wang anda ke dalam akaun Maybank
a.       107117630567 atas nama Mimiwaty Mohd Noor
Simpan resit sebagai bukti pembayaran. Public Gold akan kenakan 5% caj ke atas setiap pesanan yang dibatalkan
5.       Tetapkan tempat dan masa, kami akan hantarkan pesanan anda.

6.       Untuk menjual dinar atau jongkong emas anda, semak harga "We Buy".