30 December 2010

Bagaimana Membeli EMAS LELONG di Bank Rakyat

Kami di www.melaburemas.blogspot.com ingin kongsikan bersama pembaca bagaimana untuk membeli emas lelong di Ah-Rahnu Bank Rakyat.
Mungkin berikut adalah soalan-soalan yang bermain di fikiran anda apabila mendengar “EMAS LELONG”.
1)    Kenapa Bank Rakyat lelong emas tersebut?
Bank Rakyat menyediakan perkhidmatan Skim Pajak Gadai Islam Ah-Rahnu.
Maknanya kita boleh pajak emas di Bank Rakyat dan selepas tempoh tertentu (selalunya 6 bulan) kita hendaklah mengambil (menebus) kembali emas tersebut.

Jadi, emas-emas yang dilelong ini adalah emas-emas yang tidak ditebus oleh pemilik asalnya setelah tamat tempoh pajakan (6 bulan).

Emas-emas ini masih dalam keadaan baik. Katakan terdapat 50 item emas yang dilelong mungkin terdapat 3-5% daripada emas tersebut bengkok atau patah bergantung kepada keadaan asal semasa si pemilik memajak emas tersebut. (Bukan bank yang terpatah atau terbengkok emas tersebut).

2)    Kenapa nak beli emas lelong?
Emas-emas yang dilelong ini adalah 10% below market price.
Contohnya seutas rantai yang beratnya 10g dengan harga semasa RM100/g akan berharga RM1,000. Tapi dilelong 10% below market value iaitu RM 900. Berbaloi kan?

3)    Bila boleh beli emas lelong?
Bank Rakyat tidaklah membuat lelongan setiap bulan. Bergantung kepada stock yang mereka ada untuk dilelong. Setiap kali lelongan dibuat mungkin terdapat 20 -50 item emas untuk anda bida.
Selalunya lelongan akan dibuat pada minggu ketiga atau keempat dalam sesuatu bulan.
Bank Rakyat Bandar Baru Bangi selalunya membuat lelongan sekitar 25hb. iaitu selepas kakitangan awam mendapat gaji. Jadi, rajin-rajinlah anda melawat Bank Rakyat berhampiran  atau telefon tanyakan mengenai lelongan emas mereka.

4)    Siapa yang boleh beli emas lelong?
Orang persendirian/individu ataupun syarikat (pemborong emas/tauke2 kedai emas).
Selalunya bank mengutamakan orang persendirian lah.

5)    Bagaimana nak beli emas lelong?
Emas-emas yang dilelong ini akan dipamerkan dalam kotak kaca dan ditag dengan nombor. Kalau ada 50 item lelongan , tag akan mula dengan “item1”, “ item2” sehingga“item 50”.

Emas-emas ini akan dilelong secara ‘Tender Terbuka”. Selalunya tender dibuka selama 3 hari. Maksudnya semua orang ada peluang untuk membeli emas tersebut bergantung kepada siapakah yang menawarkan bidaan tertinggi.

Anda hanya perlu isi borang ringkas yang disediakan oleh Bank Rakyat dengan bayaran RM5 satu borang.

Contohnya, anda ingin membida “item 9”. Maka anda copylah detail “item 9“ dalam borang:

No siri                        :           34267
Jenis barang             :           1 urat rantai tangan
Berat                          :           10g
Harga reserve         :           RM900
Harga bidaan           :           Anda boleh letak RM905 atau RM 910 atau
RM911.50. Depends.

Setiap item tidak semestinya ada 1 barang kemas sahaja.
Pada sesuatu item ianya mungkin terdiri daripada 2 barang kemas atau lebih. Sebenarnya setiap item ini represent barang-barang kemas yang dipajak oleh pemilik asal barang. Maksudnya barang-barang ini dipajak dalam 1 borang.

**Jadi, kalau anda nak pajak 2(dua) emas anda, eloklah anda pajak menggunakan 2(dua) borang berasingan. Just in case selepas 6 bulan tak dapat tebus untuk kedua-dua barang tersebut..dapatlah anda menebus sebahagian darinya.

Selepas mengisi borang tersebut, masukkan borang dalam kotak yang disediakan.

Selepas seminggu  tender ditutup, pembida tertinggi untuk sesuatu item itu, akan dihubungi oleh pihak Bank Rakyat. Maka anda bolehlah pergi ke bank untuk test beratnya, ketulenannya dan seterusnya buat bayaran.  Tidak menjadi masalah sekiranya anda tidak jadi membelinya kerana pihak bank akan menawarkan kepada pembida kedua tertinggi. Cuma wang RM5 ketika mengisi borang tu,  tidak akan dikembalikan lah.

6)    Nak buat apa dengan emas lelong?
Errmmmm….nak buat apa ya? Terpulang. Boleh:
-hadiahkan pada isteri
-hadiahkan pada anak-anak
-hadiahkan pada emak
-simpan dan jual bila harga emas tinggi!

08 December 2010

Mesin ATM "EMAS"


Pada May 2010 tahun ini mesin ATM Emas (ya, mesin  menjual syiling dan bar emas) telah diperkenalkan  di  sebuah hotel mewah Abu Dhabi iaitu Emirates Palace Hotel.
Mesin ini di kenali sebagai “Gold to Go” menjual emas 99.9 (24 karat)  dalam bentuk syiling dan  bar emas seberat 1g, 5g dan 10g.
Mesin ini menjual lebih 300 item emas termasuk emas keluaran Canada, Australia dan juga South Africa.
Setakat ini mesin hanya menerima wang tempatan iaitu dirham utk urusan jual belinya dan kemudahan pembelian menggunakan kad kredit bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
Dilaporkan juga ‘gold vending machine’ ini adalah yang pertama didunia dan mensasarkan pelabur dan pelancong sebagai pelanggannya.
Ia dilengkapi dengan perisian  yang membolehkannya mengemaskini harga emas setiap 10 minit mengikut pasaran emas dunia.
Mesin ini dilengkapi dengan pelbagai prosedur /sistem keselamatan termasuk perisian yang boleh mengesan penggunaan wang palsu.
Sekiranya mesin ini gagal berfungsi atau mengalami masalah teknikal, mesin ini akan tertutup secara automatik.
Dilaporkan juga seseorang itu memerlukan bom (yang biasanya digunakan dalam peperangan) utk meletupkannya.
Untuk anda di Malaysia ni, jangan risau. Walaupun belum ada ATM Emas, tapi tempahan boleh dibuat melalui kami di www.melaburemas.blogspot.com

23 November 2010

Maksud "LOCK PRICE"

Seperti anda sedia maklum, harga emas keluaran Public Gold adalah dikemaskini setiap 20minit mengikut harga pasaran emas dunia (rujuk carta kitco di www.kitco.com).
 Ini  bermakna harga dinar dan gold bar Public Gold adalah berubah-ubah setiap 20 minit kerana ianya sentiasa mengikut harga terkini emas dunia.
Setiap kali anda ingin membeli dinar atau pun gold bar Public Gold, perkara pertama yang akan anda lakukan adalah melihat harga dinar atau gold bar yang dipaparkan di sebelah kanan blog ini atau semak terus di (www.publicgold.com.my).


Sebagai contoh, pada hari ini, 23 Nov. 2010, pada jam 10.30 malam harga 1 dinar adalah RM 644. Jika anda ingin membeli dinar pada jam ini, anda bolehlah terus ‘lock price’ dengan cara menelefon atau sms kami spt:
“Saya Siti bt Ahmad, ic 890725036807, ingin beli 1 dinar dengan harga RM 644 pada jam 10.30 malam pada 23 Nov. 2010
Inilah yang dikatakan ‘lock price’ atau pun ‘mengunci harga’.  


20 minit berikutnya harga emas Public Gold akan dikemaskini lagi mengikut harga terkini pasaran dunia. Sebagai contoh pada 23 Nov. 2010, jam 10.50 malam, harga 1 dinar telah berharga RM646. Oleh sebab anda telah ‘lock price’ maka harga yang kami jual kepada anda adalah RM 644.
Kami berharap entry ini dapat membantu anda bagaimana utk mengambil kesempatan ‘lock price’ ketika harga emas turun. Oleh itu, sentiasa lah melawat kami di www.melaburemas.blogspot.com utk mengetahui harga dinar PG terkini yang sentiasa dikemaskini mengikut pasaran emas dunia.

15 November 2010

Majlis Ilmu: Disember 2010

Kami di www.melaburemas.blogspot.com menjemput anda untuk ke majlis ilmu berikut:


Title              : Financial Justice: Gold, Dinar & You
Date              : 4th Dec 2010
Time             : 10am – 5pm
Venue           : Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor, Malaysia

Speakers       :  i)   Encik Syukor bin Hashim
  ii)  Associate Professor Mahamad Hakimi Ibrahim
                         iii) Dr. Zuhaimy
                         iv) Associate Prof Ahamed Kameel Mydin Meera
                          (Author of the books The Islamic Gold Dinar  and The Theft of Nations)
                         v)   Dr. Azizuddin

Entrance fee   : Dealer                RM50.00
                        : Non-Dealer        RM60.00

Ermm..harga dinar rendah hari ni (15 Nov. 2010 jam 9.05pm).
 1 Dinar (4.25g) adalah pada RM 637 sahaja.
Ambil peluang ini untuk beli dinar anda sekarang!

09 November 2010

Jenis-jenis SYILING & DINAR EMAS

Jika sebelum ini, kami di www.melaburemas.blogspot.com menceritakan kepada anda jenis-jenis gold bar maka kali ini kita akan mengetahui jenis-jenis SYILING EMAS dan DINAR EMAS pula.

JENIS-JENIS SYILING EMAS:

1)         SYILING EMAS PUBLIC (5O G sahaja ) Ketulenan: 999.9
Boleh beli kat Public Gold atau kat kami di www.melaburemas.blogspot.com juga





2)         SYILING EMAS KIJANG (¼ oz (7.78g), ½ oz (15.55g) & 1oz (31.105g))
Emas 999.9 – Boleh beli kat Maybank




3)         CANADIAN GOLD MAPLE LEAVE (1 Oz, 1/2 Oz, 1/4 Oz, 1/10 Oz dan 1/20 Oz)
Boleh beli kat United Overseas Bank (UOB)



4)         AUSTRALIAN KANGAROO GOLD NUGGET (1 Oz, 1/2 Oz, 1/4 Oz, 1/10 Oz dan 1/20 Oz)
Boleh beli kat United Overseas Bank (UOB)



5)         SINGAPORE LION GOLD COIN (1 Oz, 1/2 Oz, 1/4 Oz, 1/10 Oz dan 1/20 Oz)
Boleh beli kat United Overseas Bank (UOB)



JENIS-JENIS DINAR:

1)         DINAR EMAS KELANTAN (Boleh beli kat Ah-Rahn anak Syarikat Pemodalan Kelantan Berhad atau rujuk www.dinarkel.com)

Jenis dinar:
½ Dinar (2.1gm)
 1 Dinar (4.25gm)
 2 Dinar (8.5gm)
5 Dinar (21.25gm)
8 Dinar (34.00gm)

Ketulinan (purity): emas 22K (916%)


2)      DINAR MUSLIM/DINAR EMAS DUBAI (Diedar oleh Nusantara Bullion Exchange (NUBEX)

Jenis dinar:
1 Dinar
2 Dinar
8 Dinar


3)      DINAR EMAS PUBLIC (Keluaran Public Gold beribu pejabat di Pulau Pinang. Yang ni boleh beli kat kami di www.melaburemas.blogspot.com juga)

Jenis dinar:
1 Dinar (4.25g)
5 Dinar (21.25g)
10 Dinar (42.5g0

Ketulinan (purity): 916


Bagi anda yang ingin membaca posting lepas mengenai “Jenis-jenis GOLD BAR”, boleh baca di sini http://melaburemas.blogspot.com/2010/11/jenis-jenis-gold-bar.html
Mulakan simpanan emas hari ini. Buat pilihan anda untuk memiliki syiling emas, dinar emas atau pun gold bar (jongkong emas). Hubungi kami www.melaburemas.blogspot.com untuk membeli DINAR EMAS dan GOLD BAR PUBLIC GOLD.
 Happy Investing!

05 November 2010

1 DINAR hari ini mencecah RM 652!

Berita gembira buat mereka yang lama ‘mengumpul’ emas.
Hari ini 6 Nov 2010 Carta Kitco menunjukkan harga emas telah mencecah USD 1397.


Seiring dengan itu, harga Dinar Public Gold naik tinggi kepada RM 652 utk 1 DINAR (4.25g) berbanding semalam hanya sekitar RM 633.
Bagi peminat emas penantian mereka utk melihat harga emas mencecah USD 1400 pasti hampir menjadi kenyataan dan harga dijangka akan mencecah USD 1600 pada awal tahun depan.

Harga emas mungkin turun naik, tetapi apabila melihat secara purata untuk suatu jangka masa yang panjang, peratus kenaikannya adalah tinggi berbanding penurunannya.
Untuk anda yang sentiasa mengikuti perkembangan harga emas, jangan lepaskan peluang lock price ketika harga emas turun. Harga dinar di http://www.melaburemas.blogspot.com/ adalah dikemaskini setiap 20 minit.

Oleh itu, bagi anda yang belum membeli dinar, jangan tunggu lama-lama!!

03 November 2010

Percaya tak? Kita TERPAKSA percaya!

Berapakah harga 1g emas pada kali terakhir anda membacanya, melihatnya atau membelinya?
Menarik untuk kami kongsikan kepada anda kali ini.

1 DINAR EMAS (4.25g) pada 5 FEBRUARI 2009 berharga RM466.
Pada ketika itu, kami percaya pasti ada yang berkata “Mahalnya emas hari ini”
Kini,
1 DINAR EMAS (4.25g) yang sama hari ini pada 3 NOVEMBER 2010 berharga RM 637!!
Perbezaan yang sangat tinggi iaitu RM171 !!
Dan pada ketika ini, pasti ada yang berkata “Mahalnya emas hari ini.”

 Mari kita lihat berapakah harga 5DINAR pada waktu dan ketika itu?
5 DINAR EMAS (21.25g) pada 5 FEBRUARI 2009 berharga RM 2321.
Kini,
5 DINAR EMAS (21.25G) yang sama hari ini pada 3 NOVEMBER 2010 berharga        RM 3171.
Jelas kenaikan yang sangat ketara iaitu RM850 !!

Dapatkah anda bayangkan sekiranya anda sudah memiliki 5 DINAR EMAS pada ketika itu?
Berapakah keuntungan anda dengan 5 DINAR EMAS tersebut pada saat ini?
Tak percaya? Ya..anda terpaksa mempercayainya……
Dan kami pasti ramai yang akan berkata “Mahalnya emas hari ini”
Percayalah, ayat yang sama akan kedengaran pada tahun berikutnya, dan tahun berikutnya dan tahun berikutnya...

02 November 2010

Istimewanya Emas

Kali ini kami di http://www.melaburemas.blogspot.com berkongsi dengan anda mengapa emas begitu istimewa dan berharga!
1)    Wang tanpa sempadan
2)    Tidak boleh dicipta
3)    Price to weight ratio yang tinggi
4)    Aset yg mudah cair
5)    Emas tidak boleh dimanipulasikan
6)    Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
7)   Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang
8)   Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangkamasa panjang
9)   Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang (Harga emas sentiasa   
       meningkat)
 10)  Sukar diperolehi
11)  Boleh digunakan di mana2 negara..tidak seperti wang fiat
12)  Diiktiraf oleh seluruh manusia sebagai benda berharga.
13)  Cantik

01 November 2010

Jenis-jenis GOLD BAR

Kali ini kami di melaburemas.blogspot.com mengajak anda mengenali jenis-jenis Gold bar dan Gold nugget yang biasa terdapat di negara kita.
1) GOLD BAR PAMP SUISSE (Dari Switzerland. Boleh beli kat Habib Jewel dan United Overseas Bank (UOB))
    a- Pamp Suisse Lady Fortuna (5g, 10g, 20g, 50g dan 100g)

    b- Pamp Suisse berbentuk bujur, sering dipanggil Pamp Suisse ‘tembam’ (100g sahaja)


2)GOLD BAR KINEBAR (Boleh beli kat United Overseas Bank)

3)GOLD BAR BUNGA RAYA (Keluaran POH KONG. Boleh beli kat Poh Kong: 1g, 5g, 10g, 50g dan 100g)

4)PUBLIC GOLD BAR (Boleh beli kat Public Gold atau kami di http://www.melaburemas.blogspot.com/ 20g, 50g dan 100g)

Hubungi kami di www.melaburemas.blogspot.com bagi mendapatkan Public Gold Bar anda hari ini.
Nantikan entry berikutnya untuk anda kenali jenis-jenis Dinar Emas yang terdapat di negara kita.


31 October 2010

Mahalkah Emas Hari Ini?

 Jika anda merasakan harga emas hari ini sangat mahal. Kami setuju.
Tetapi sedarkah anda bahawa harga emas semakin meningkat. Harga 1 Dinar emas (4.25g) hari ini pada tahun 2010 adalah sekitar RM 620++.  Tetapi adalah tidak mustahil dalam tempoh 1 tahun dari sekarang pada 2011 nanti harganya menghampiri RM 700.
Dengan trend harga emas yang sentiasa meningkat setiap tahun anda akan sentiasa merasakan emas adalah mahal. Sudah pasti tidak semua orang mampu membeli 1 Dinar setiap bulan. Tetapi tetapkan target bilakah anda mesti memiliki dinar anda. Dengan target memiliki 1 tahun mesti ada 1 Dinar, sudah memadai untuk memulakan pelaburan emas anda.
Petikan dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal: Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda: “Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham”.
Kami di melaburemas.blogspot.com berkongsi “Apakah kelebihan dinar dan jongkong Public Gold” dengan anda:
i-           i) Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah.
                (Jika anda membeli emas di kedai dan ingin menjual semula emas tersebut, mereka akan beli emas anda 
                dengan harga yang jauh lebih rendah kerana mereka akan tolak kos upah. Oleh itu beza harga belian dan
                jualan adalah tinggi)

ii-          ii) Anda akan memiliki emas fizikal
                (kerana terdapat pelaburan emas yang menggunakan buku seperti buku akaun bank. Setiap kali
                pembelian   emas dibuat ianya akan direkod dalam buku akaun tersebut dan emas anda berada dengan
                pihak bank)

iii-         iii) Boleh tempah on-line selama 24 jam (Syarikat pertama di Malaysia). Ada peluang untuk anda membuat
                 tempahan (lock price) bila harga emas turun.

iv-         iv) Jaminan beli balik mengikut “harga belian” walaupun calar, dibuka sarungnya atau bengkok.

v-         v) Stok sentiasa ada.

vi-        vi) Mempunyai Sijil Ketulenan Emas yang sah.

vii-       v) Pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer yang berkelayakan.

viii-       vi) Dicatatkan dalam “The Malaysia Book of Records”

ix-         vii) Disahkan oleh Bank Negara

x-          viii) Boleh dipajak di AhRahnu (Bank Rakyat, Agro Bank dll)

Oleh itu, dapatkan dinar dan gold bar anda hari ini. Hubungi kami di melaburemas.blogspot.com untuk tujuan pembelian.