Mungkin berikut adalah soalan-soalan yang bermain di fikiran anda apabila mendengar “EMAS LELONG”.
1) Kenapa Bank Rakyat lelong emas tersebut?
Bank Rakyat menyediakan perkhidmatan Skim Pajak Gadai Islam Ah-Rahnu.
Maknanya kita boleh pajak emas di Bank Rakyat dan selepas tempoh tertentu (selalunya 6 bulan) kita hendaklah mengambil (menebus) kembali emas tersebut.
Jadi, emas-emas yang dilelong ini adalah emas-emas yang tidak ditebus oleh pemilik asalnya setelah tamat tempoh pajakan (6 bulan).
Emas-emas ini masih dalam keadaan baik. Katakan terdapat 50 item emas yang dilelong mungkin terdapat 3-5% daripada emas tersebut bengkok atau patah bergantung kepada keadaan asal semasa si pemilik memajak emas tersebut. (Bukan bank yang terpatah atau terbengkok emas tersebut).
2) Kenapa nak beli emas lelong?
Emas-emas yang dilelong ini adalah 10% below market price.
Contohnya seutas rantai yang beratnya 10g dengan harga semasa RM100/g akan berharga RM1,000. Tapi dilelong 10% below market value iaitu RM 900. Berbaloi kan?
3) Bila boleh beli emas lelong?
Bank Rakyat tidaklah membuat lelongan setiap bulan. Bergantung kepada stock yang mereka ada untuk dilelong. Setiap kali lelongan dibuat mungkin terdapat 20 -50 item emas untuk anda bida.
Selalunya lelongan akan dibuat pada minggu ketiga atau keempat dalam sesuatu bulan.
Bank Rakyat Bandar Baru Bangi selalunya membuat lelongan sekitar 25hb. iaitu selepas kakitangan awam mendapat gaji. Jadi, rajin-rajinlah anda melawat Bank Rakyat berhampiran atau telefon tanyakan mengenai lelongan emas mereka.
4) Siapa yang boleh beli emas lelong?
Orang persendirian/individu ataupun syarikat (pemborong emas/tauke2 kedai emas).
Selalunya bank mengutamakan orang persendirian lah.
5) Bagaimana nak beli emas lelong?
Emas-emas yang dilelong ini akan dipamerkan dalam kotak kaca dan ditag dengan nombor. Kalau ada 50 item lelongan , tag akan mula dengan “item1”, “ item2” sehingga“item 50”.
Emas-emas ini akan dilelong secara ‘Tender Terbuka”. Selalunya tender dibuka selama 3 hari. Maksudnya semua orang ada peluang untuk membeli emas tersebut bergantung kepada siapakah yang menawarkan bidaan tertinggi.
Anda hanya perlu isi borang ringkas yang disediakan oleh Bank Rakyat dengan bayaran RM5 satu borang.
Contohnya, anda ingin membida “item 9”. Maka anda copylah detail “item 9“ dalam borang:
No siri : 34267
Jenis barang : 1 urat rantai tangan
Berat : 10g
Harga reserve : RM900
Harga bidaan : Anda boleh letak RM905 atau RM 910 atau
RM911.50. Depends.
Setiap item tidak semestinya ada 1 barang kemas sahaja.
Pada sesuatu item ianya mungkin terdiri daripada 2 barang kemas atau lebih. Sebenarnya setiap item ini represent barang-barang kemas yang dipajak oleh pemilik asal barang. Maksudnya barang-barang ini dipajak dalam 1 borang.
**Jadi, kalau anda nak pajak 2(dua) emas anda, eloklah anda pajak menggunakan 2(dua) borang berasingan. Just in case selepas 6 bulan tak dapat tebus untuk kedua-dua barang tersebut..dapatlah anda menebus sebahagian darinya.
Selepas mengisi borang tersebut, masukkan borang dalam kotak yang disediakan.
Selepas seminggu tender ditutup, pembida tertinggi untuk sesuatu item itu, akan dihubungi oleh pihak Bank Rakyat. Maka anda bolehlah pergi ke bank untuk test beratnya, ketulenannya dan seterusnya buat bayaran. Tidak menjadi masalah sekiranya anda tidak jadi membelinya kerana pihak bank akan menawarkan kepada pembida kedua tertinggi. Cuma wang RM5 ketika mengisi borang tu, tidak akan dikembalikan lah.
6) Nak buat apa dengan emas lelong?
Errmmmm….nak buat apa ya? Terpulang. Boleh:
-hadiahkan pada isteri
-hadiahkan pada anak-anak
-hadiahkan pada emak
-simpan dan jual bila harga emas tinggi!