23 November 2010

Maksud "LOCK PRICE"

Seperti anda sedia maklum, harga emas keluaran Public Gold adalah dikemaskini setiap 20minit mengikut harga pasaran emas dunia (rujuk carta kitco di www.kitco.com).
 Ini  bermakna harga dinar dan gold bar Public Gold adalah berubah-ubah setiap 20 minit kerana ianya sentiasa mengikut harga terkini emas dunia.
Setiap kali anda ingin membeli dinar atau pun gold bar Public Gold, perkara pertama yang akan anda lakukan adalah melihat harga dinar atau gold bar yang dipaparkan di sebelah kanan blog ini atau semak terus di (www.publicgold.com.my).


Sebagai contoh, pada hari ini, 23 Nov. 2010, pada jam 10.30 malam harga 1 dinar adalah RM 644. Jika anda ingin membeli dinar pada jam ini, anda bolehlah terus ‘lock price’ dengan cara menelefon atau sms kami spt:
“Saya Siti bt Ahmad, ic 890725036807, ingin beli 1 dinar dengan harga RM 644 pada jam 10.30 malam pada 23 Nov. 2010
Inilah yang dikatakan ‘lock price’ atau pun ‘mengunci harga’.  


20 minit berikutnya harga emas Public Gold akan dikemaskini lagi mengikut harga terkini pasaran dunia. Sebagai contoh pada 23 Nov. 2010, jam 10.50 malam, harga 1 dinar telah berharga RM646. Oleh sebab anda telah ‘lock price’ maka harga yang kami jual kepada anda adalah RM 644.
Kami berharap entry ini dapat membantu anda bagaimana utk mengambil kesempatan ‘lock price’ ketika harga emas turun. Oleh itu, sentiasa lah melawat kami di www.melaburemas.blogspot.com utk mengetahui harga dinar PG terkini yang sentiasa dikemaskini mengikut pasaran emas dunia.

15 November 2010

Majlis Ilmu: Disember 2010

Kami di www.melaburemas.blogspot.com menjemput anda untuk ke majlis ilmu berikut:


Title              : Financial Justice: Gold, Dinar & You
Date              : 4th Dec 2010
Time             : 10am – 5pm
Venue           : Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor, Malaysia

Speakers       :  i)   Encik Syukor bin Hashim
  ii)  Associate Professor Mahamad Hakimi Ibrahim
                         iii) Dr. Zuhaimy
                         iv) Associate Prof Ahamed Kameel Mydin Meera
                          (Author of the books The Islamic Gold Dinar  and The Theft of Nations)
                         v)   Dr. Azizuddin

Entrance fee   : Dealer                RM50.00
                        : Non-Dealer        RM60.00

Ermm..harga dinar rendah hari ni (15 Nov. 2010 jam 9.05pm).
 1 Dinar (4.25g) adalah pada RM 637 sahaja.
Ambil peluang ini untuk beli dinar anda sekarang!

09 November 2010

Jenis-jenis SYILING & DINAR EMAS

Jika sebelum ini, kami di www.melaburemas.blogspot.com menceritakan kepada anda jenis-jenis gold bar maka kali ini kita akan mengetahui jenis-jenis SYILING EMAS dan DINAR EMAS pula.

JENIS-JENIS SYILING EMAS:

1)         SYILING EMAS PUBLIC (5O G sahaja ) Ketulenan: 999.9
Boleh beli kat Public Gold atau kat kami di www.melaburemas.blogspot.com juga





2)         SYILING EMAS KIJANG (¼ oz (7.78g), ½ oz (15.55g) & 1oz (31.105g))
Emas 999.9 – Boleh beli kat Maybank




3)         CANADIAN GOLD MAPLE LEAVE (1 Oz, 1/2 Oz, 1/4 Oz, 1/10 Oz dan 1/20 Oz)
Boleh beli kat United Overseas Bank (UOB)



4)         AUSTRALIAN KANGAROO GOLD NUGGET (1 Oz, 1/2 Oz, 1/4 Oz, 1/10 Oz dan 1/20 Oz)
Boleh beli kat United Overseas Bank (UOB)



5)         SINGAPORE LION GOLD COIN (1 Oz, 1/2 Oz, 1/4 Oz, 1/10 Oz dan 1/20 Oz)
Boleh beli kat United Overseas Bank (UOB)



JENIS-JENIS DINAR:

1)         DINAR EMAS KELANTAN (Boleh beli kat Ah-Rahn anak Syarikat Pemodalan Kelantan Berhad atau rujuk www.dinarkel.com)

Jenis dinar:
½ Dinar (2.1gm)
 1 Dinar (4.25gm)
 2 Dinar (8.5gm)
5 Dinar (21.25gm)
8 Dinar (34.00gm)

Ketulinan (purity): emas 22K (916%)


2)      DINAR MUSLIM/DINAR EMAS DUBAI (Diedar oleh Nusantara Bullion Exchange (NUBEX)

Jenis dinar:
1 Dinar
2 Dinar
8 Dinar


3)      DINAR EMAS PUBLIC (Keluaran Public Gold beribu pejabat di Pulau Pinang. Yang ni boleh beli kat kami di www.melaburemas.blogspot.com juga)

Jenis dinar:
1 Dinar (4.25g)
5 Dinar (21.25g)
10 Dinar (42.5g0

Ketulinan (purity): 916


Bagi anda yang ingin membaca posting lepas mengenai “Jenis-jenis GOLD BAR”, boleh baca di sini http://melaburemas.blogspot.com/2010/11/jenis-jenis-gold-bar.html
Mulakan simpanan emas hari ini. Buat pilihan anda untuk memiliki syiling emas, dinar emas atau pun gold bar (jongkong emas). Hubungi kami www.melaburemas.blogspot.com untuk membeli DINAR EMAS dan GOLD BAR PUBLIC GOLD.
 Happy Investing!

05 November 2010

1 DINAR hari ini mencecah RM 652!

Berita gembira buat mereka yang lama ‘mengumpul’ emas.
Hari ini 6 Nov 2010 Carta Kitco menunjukkan harga emas telah mencecah USD 1397.


Seiring dengan itu, harga Dinar Public Gold naik tinggi kepada RM 652 utk 1 DINAR (4.25g) berbanding semalam hanya sekitar RM 633.
Bagi peminat emas penantian mereka utk melihat harga emas mencecah USD 1400 pasti hampir menjadi kenyataan dan harga dijangka akan mencecah USD 1600 pada awal tahun depan.

Harga emas mungkin turun naik, tetapi apabila melihat secara purata untuk suatu jangka masa yang panjang, peratus kenaikannya adalah tinggi berbanding penurunannya.
Untuk anda yang sentiasa mengikuti perkembangan harga emas, jangan lepaskan peluang lock price ketika harga emas turun. Harga dinar di http://www.melaburemas.blogspot.com/ adalah dikemaskini setiap 20 minit.

Oleh itu, bagi anda yang belum membeli dinar, jangan tunggu lama-lama!!

03 November 2010

Percaya tak? Kita TERPAKSA percaya!

Berapakah harga 1g emas pada kali terakhir anda membacanya, melihatnya atau membelinya?
Menarik untuk kami kongsikan kepada anda kali ini.

1 DINAR EMAS (4.25g) pada 5 FEBRUARI 2009 berharga RM466.
Pada ketika itu, kami percaya pasti ada yang berkata “Mahalnya emas hari ini”
Kini,
1 DINAR EMAS (4.25g) yang sama hari ini pada 3 NOVEMBER 2010 berharga RM 637!!
Perbezaan yang sangat tinggi iaitu RM171 !!
Dan pada ketika ini, pasti ada yang berkata “Mahalnya emas hari ini.”

 Mari kita lihat berapakah harga 5DINAR pada waktu dan ketika itu?
5 DINAR EMAS (21.25g) pada 5 FEBRUARI 2009 berharga RM 2321.
Kini,
5 DINAR EMAS (21.25G) yang sama hari ini pada 3 NOVEMBER 2010 berharga        RM 3171.
Jelas kenaikan yang sangat ketara iaitu RM850 !!

Dapatkah anda bayangkan sekiranya anda sudah memiliki 5 DINAR EMAS pada ketika itu?
Berapakah keuntungan anda dengan 5 DINAR EMAS tersebut pada saat ini?
Tak percaya? Ya..anda terpaksa mempercayainya……
Dan kami pasti ramai yang akan berkata “Mahalnya emas hari ini”
Percayalah, ayat yang sama akan kedengaran pada tahun berikutnya, dan tahun berikutnya dan tahun berikutnya...

02 November 2010

Istimewanya Emas

Kali ini kami di http://www.melaburemas.blogspot.com berkongsi dengan anda mengapa emas begitu istimewa dan berharga!
1)    Wang tanpa sempadan
2)    Tidak boleh dicipta
3)    Price to weight ratio yang tinggi
4)    Aset yg mudah cair
5)    Emas tidak boleh dimanipulasikan
6)    Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
7)   Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang
8)   Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangkamasa panjang
9)   Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang (Harga emas sentiasa   
       meningkat)
 10)  Sukar diperolehi
11)  Boleh digunakan di mana2 negara..tidak seperti wang fiat
12)  Diiktiraf oleh seluruh manusia sebagai benda berharga.
13)  Cantik

01 November 2010

Jenis-jenis GOLD BAR

Kali ini kami di melaburemas.blogspot.com mengajak anda mengenali jenis-jenis Gold bar dan Gold nugget yang biasa terdapat di negara kita.
1) GOLD BAR PAMP SUISSE (Dari Switzerland. Boleh beli kat Habib Jewel dan United Overseas Bank (UOB))
    a- Pamp Suisse Lady Fortuna (5g, 10g, 20g, 50g dan 100g)

    b- Pamp Suisse berbentuk bujur, sering dipanggil Pamp Suisse ‘tembam’ (100g sahaja)


2)GOLD BAR KINEBAR (Boleh beli kat United Overseas Bank)

3)GOLD BAR BUNGA RAYA (Keluaran POH KONG. Boleh beli kat Poh Kong: 1g, 5g, 10g, 50g dan 100g)

4)PUBLIC GOLD BAR (Boleh beli kat Public Gold atau kami di http://www.melaburemas.blogspot.com/ 20g, 50g dan 100g)

Hubungi kami di www.melaburemas.blogspot.com bagi mendapatkan Public Gold Bar anda hari ini.
Nantikan entry berikutnya untuk anda kenali jenis-jenis Dinar Emas yang terdapat di negara kita.